Civil War ada poster IMAX, ada rujukan komik dan ada penampakan Spider-Man!

963

Written by:

Sebuah poster untuk filem Captain America: Civil War yang dihasilkan dan direka khas untuk mempromosi IMAX telah didedahkan oleh Marvel Studios hari ini.

Poster tersebut menampilkan dua karakter utama yang berseteru di filem ini iaitu Iron Man dan Captain America sebagai fokus utamanya. Selain itu kita juga dapat melihat watak-watak dari “pasukan” masing-masing menghiasi sekeliling poster ini.

Dapatkah anda nyatakan siapakah yang akan menyebelahi siapakah di sini?

cpkf2a1

Selain itu, sebuah treler terbaru yang disiarkan di Jepun telah memaparkan sebuah babak tarung antara Captain America dan Iron Man yang persis kepada rujukan komik Civil War isu #7 (2006)! Lebih menarik lagi, anda juga dapat melihat kelibat Spider-Man sedang berlari bersama pasukan Iron Man untuk bergasak dengan pasukan Captain America. Tidak percaya? Tonton sendiri di sini:

spider-man-joins-the-battle-with-team-iron-man-in-new-captain-america-civil-war-teaser-928027

s-l1600 (33)

Barisan pelakon utama filem ini terdiri daripada Chris Evans sebagai Steve Rogers/Captain America, Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark/Iron Man, Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, Anthony Mackie sebagai Sam Wilson/Falcon, Paul Bettany sebagai Vision, Jeremy Renner sebagai Clint Barton/Hawkeye, Don Cheadle sebagai Jim Rhodes/War Machine dan Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff/Scarlet Witch. Sebastian Stan juga kembali sebagai Bucky Barnes/Winter Soldier bersama dengan Chadwick Boseman sebagai T’Challa/Black Panther, Emily VanCamp sebagai Sharon Carter/Agent 13, Daniel Brühl sebagai Baron Helmut Zemo, Frank Grillo sebagai Brock Rumlow/Crossbones, William Hurt sebagai General Thaddeus Ross dan Paul Rudd sebagai Scott Lang/Ant-Man.

Ramai di antara kita juga akan menantikan kehadiran sulung Tom Holland sebagai Peter Parker/Spider-Man yang baharu dalam filem dalam Semesta Sinematik Marvel (Marvel Cinematic Universe) yang ke-13 ini!

Captain America: Civil War akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Mei, 2016.

Last modified: April 12, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *