Treler Terbaharu Ninja Turtles Lebih Dahsyat, Lebih Asyik!

360

Written by:

Treler terbaru untuk filem Teenage Mutant Ninja Turtles: Out Of The Shadows menampilkan banyak babak-babak baharu yang hebat dan menyeronokkan!

Walau bagaimanapun, kita masih lagi tidak dapat melihat kelibat Krang yang dikatakan sah akan muncul dalam sekuel ini sebagai seteru utama selain kemunculan semula Shredder bersama Bebop dan Rocksteady. Satu lagi kejutan yang didedahkan dalam filem ini ialah sejenis cecair mutagen berwarna ungu yang dapat merubah wira-wira kita menjadi manusia yang nampaknya akan menjadi punca konflik buat mereka.

Filem ini dibintangi Megan Fox, Stephen Amell, Johnny Knoxville, Tony Shalhoub, Alan Ritchson, Noel Fisher, Jeremy Howard, Brian Tee, Will Arnett, Gary Anthony Williams dan bintang WWE iaitu Sheamus.

Teenage Mutant Ninja Turtles: Out Of The Shadows akan berada di pawagam pada 2 Jun, 2016.

Last modified: April 12, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *