Filem King Kong di Pulau Tengkorak bakal menemukan Godzilla!

1002

Written by:

Filem arahan Jordan Vogt-Roberts, Kong: Skull Island mengisahkan pengembaraan seorang pemuda lakonan Tom Hiddleston (Thor, Avengers) ke sebuah pulau penuh mistik dan misteri. Ia dikatakan dihuni oleh Raja Segala Monyet yang lebih dikenali ramai sebagai King Kong.

Di dalam video khas di bawah untuk filem ini, kita dapat melihat beberapa babak menarik dan sesi wawancara khas walaupun tiada penampakan jelas King Kong.

Namun kami yakin dengan kehadiran ini, tidak lama lagi juga kita akan dapat menjadi saksi yang lebih hebat apabila King Kong muncul dan bakal bertemu dengan lawannya bernama Godzilla!

Filem ini dibintangi oleh Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, Brie Larson, John Goodman, Jing Tian, Corey Hawkins, Jason Mitchell, John Ortiz, Shea Whigham dan Toby Kebbell.

Kong: Skull Island akan berada di pawagam seluruh dunia pada 9 Mac, 2017. Manakala filem Godzilla vs Kong akan menemui kita pada pertengahan atau penghujung 2020.

Last modified: April 12, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *