Charlize Theron Sah Beraksi dalam Fast 8!

479

Written by:

Setelah banyak khabar angin dan desas-desus yang cukup panjang kedengaran mengenai keterlibatan bintang Mad Max: Fury Road yakni Charlize Theron dalam filem Fast 8 berhembus, akhirnya pihak Universal Pictures telah pun merasmikan laporan tersebut.

Menurut sumber, khabar gembira ini disahkan setelah proses perundingan yang cukup rumit dan panjang antara pihak Universal Pictures dan wakil Charlize Theron. Seperti yang diberitakan sebelum ini juga, artis jelitawan ini akan memegang watak sebagai ketua kumpulan penjahat yang akan menentang geng Dominic Toretto lakonan Vin Diesel.

Perkembangan ini sudah pasti akan membuatkan para peminat dan pengikut francais filem Fast and Furious bersorak gembira. Pengesahan keterlibatan Charlize Theron juga dimuatnaik di dalam akaun Twitter rasmi mereka:

Filem ini bakal diarahkan oleh F. Gary Gray (Straight Outta Compton, The Italian Job) dan sebahagian besar bintang utama yang terdahulu akan kembali. Mereka sudah pastinya adalah Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Elsa Pataky dan Lucas Black. Di samping itu, kehadiran Jason Statham, Dwayne Johnson dan Kurt Russell juga sangat dinanti ramai.

Fast 8 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 13 April, 2017

Last modified: April 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *