Daredevil. The Punisher. Elektra. Semuanya Mencari Fasal!

222

Written by:

Penantian kini berakhir. Marvel dan Netflix telah melancarkan trailer terbaru untuk Musim Kedua siri televisyen Daredevil. Ia mendedahkan lebih banyak babak dan sisi watak baru yang akan muncul. Yang paling ditunggu-tunggu sudah pasti Jon Bernthal (The Wolf of Wall Street, Fury, Sicario) sebagai Frank Castle atau lebih dikenali oleh ramai peminat komik dengan nama The Punisher!

Selain beliau, kita juga bakal menjadi saksi kepada kemunculan Elektra lakonan Elodie Yung (G.I Joe: Retaliation, Gods of Egypt) serta motifnya berada di kawasan Hell’s Kitchen!

Trailer ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Kedua akan dilancarkan pada 25 Februari ini manakala Musim Kedua akan disiarkan secara rasmi dan lengkap secara eksklusif di Netflix sebanyak 13 episod bermula pada tanggal 18 Mac, 2016.

Last modified: February 18, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *