Secret Life of Pets Hadir dengan Barisan Poster Watak yang Comel dan Lucu!

900

Written by:

Pihak Illumination Entertainment dan Universal Pictures sebentar tadi telah meluncurkan 9 buah poster watak-watak utama yang comel lagi lucu untuk filem animasi terbaru mereka berjudul Secret life of Pets.

Menurut sumber, barisan poster ini dilancarkan bersempena perayaan ‘National Pets Day’  di Amerika Syarikat yang bakal diadakan pada hari Isnin hadapan. Mari kita sama-sama berkenalan dan mengagumi tahap kecomelan merka satu persatu di sini:

the-secret-life-of-pets-poster-sweetpea

the-secret-life-of-pets-poster-snowball

the-secret-life-of-pets-poster-pops

the-secret-life-of-pets-poster-mel

the-secret-life-of-pets-poster-max

the-secret-life-of-pets-poster-gidget

the-secret-life-of-pets-poster-duke

the-secret-life-of-pets-poster-chloe

the-secret-life-of-pets-poster-buddy

Barisan pelakon suara yang membintangi filem ini adalah  Lake Bell sebagai Chloe, Ellie Kemper sebagai Katie,  Kevin Hart sebagai Snowball , Jenny Slate sebagai Gidget, Albert Brooks sebagai Tiberius, Louis C.K. sebagai Max, Eric Stonestreet sebagai Duke, Bobby Moynihan sebagai Mel dan ramai lagi.

Filem yang diarahkan oleh Chris Renaud dan Yarrow Cheney (Despicable Me, Despicable Me 2) ini mengisahkan kehidupan sekumpulan binatang peliharaan ketika mereka ditinggalkan di rumah oleh pemilik dan Tuan mereka masing-masing.

Secret Life of Pets akan berada di pawagam pada 7 Julai, 2016.

Last modified: April 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *