Galahad Kembali dalam Kingsman: The Golden Circle!

664

Written by:

Filem sekuel Kingsman: The Golden Circle akan memulakan produksi dan penggambarannya tidak lama lagi.

Dan untuk menyemarakkan lagi semangat mereka barangkali, pelakon utama filem ini Taron Egerton yang memegang watak Gary “Eggsy” Unwin telah berkongsi poster rasmi yang pertama untuk filem tersebut di akaun Twitter. Ia memberikan bayangan jelas bahawa seorang teman lama dan akrab kepada beliau akan kembali beraksi dan bukannya maut dalam filem terdahulu sepertimana yang disangka:

Kingsman-2-poster

Ya. Tuan Harry Hart atau lebih dikenali dengan nama Galahad lakonan Colin Firth hampir pasti akan kembali. Walaupun pengumuman ini belum lagi rasmi, namun jalan cerita yang memerlukan khidmat dan kepakaran beliau semula pasti akan merancakkan jalan cerita kali ini. Filem ini sekali lagi diarahkan oleh Matthew Vaughn (Kick-Ass, X-Men: First Class)

Bagaimana atau kenapa Galahad muncul kembali dari ‘kematiannya’, kami serahkan kepada anda untuk berteori seperti biasa.

Kingsman: The Golden Circle akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Jun, 2017

Last modified: April 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *