ANALISA | 10 Trivia Menarik tentang Treler Teaser Rogue One: A Star Wars Story

638

Written by:

Treler sulung untuk filem Rogue One: A Star Wars Story telah diluncurkan hari ini.

Dan ia banyak mendedahkan kita berkenaan produksi terbaru oleh Lucasfilm ini, termasuk perincian dan butiran terbaru mengenai nama-nama dan watak-watak klasik yang kembali beraksi, bayangan plot dan jalan cerita serta banyak lagi!

Untuk yang masih belum mengetahui, rentetan masa untuk cerita ini berlaku beberapa tahun sebelum filem Star Wars: A New Hope (jarak masa sebenar masih belum diketahui). Ia beputar sekitar sekumpulan perisik elit dan anggota khas dari pihak Rebellion dengan misi khas mereka untuk merampas pelan binaan senjata paling merbahaya dan besar Galactic Empire yang diberi nama Death Star.

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita sama-sama lihat dan analisa tentang 10 perkara penting yang dapat kita hadam serta ketahui daripada treler teaser terbaru filem spin-off yang pertama kalinya bebas dari pengaruh drama keluarga Skywalker ini:

 

1. Watak Felicity Jones dalam filem ini: Jyn Erso

Rogue One: A Star Wars Story(Felicity Jones)Ph: Film Frame©Lucasfilm LFL

Kita akhirnya dapat mengenali nama watar yang akan dilakonkan oleh Felicity Jones dalam filem ini. Kita semua tahu bahawa beliau akan memegang peranan sebagai teraju utama tetapi tiada apa yang dapat diperkatakan selain itu sebelum treler ini muncul. Nama beliau kini adalah Jyn Erso, berdikari dan bersendiri sejak usia 15 tahun (macam pernah dengar, bukan?) dan juga seorang pemberontak menentang kuasa Empire. Kedengaran Mon Mothma melabelkannya sebagai “reckless (terlalu berani), aggressive (agresif) and undisciplined (tanpa displin)”. Beliau juga mempunyai rekod lampau yang panjang.

 

2. Diego Luna adalah seorang Kapten Pihak Pemberontak

Rogue One: A Star Wars Story(Diego Luna)Ph: Film Frame©Lucasfilm LFL

Satu lagi teraju utama yang masih lagi belum jelas latar belakangnya adalah watak lakonan Diego Luna. Tidak banyak yang boleh kita kupas dan analisa dalam treler ini tentang beliau. Namun, berdasarkan lencana pangkat yang dipakai olehnya dalam imej di atas, beliau jelas adalah seorang Pegawai Tinggi Pihak Pemberontak. Dua bulatan hijau yang tersemat di seragamnya itu adalah untuk pangkat seorang Kapten. Ada teori mengatakan beliau adalah Pegawai Atasan kepada Jyn Erso. Dan ada juga yang mengatakan mereka adalah Ketua Turus Bersama untuk misi mereka merampas pelan binaan Death Star dari pihak Empire. Ini juga terbukti dengan satu gambaran babak di bawah yang kebetulan juga adalah analisa kami yang seterusnya.

 

3. Bersiap sedia untuk jatuh hati dengan satu lagi droid baharu

2d27ab4b3d63691ac237b64d76e5aabe-650-80

Mungkin kita tidak melihat dengan jelas dari sisi hadapan mengenai watak ini. Akan tetapi, jelas di sini kita dapat lihat sebuah droid baharu sedang mengekori watak Felicity Jones dan Diego Luna sedang berlarian dari belakang. Konsepnya lebih kurang sama dengan versi rekaan asal IG-88 dalam Empire Strikes Back. Kemampuan Star Wars untuk membuatkan kita jatuh cinta kepada droid-droid mereka memang terbukti sebelum ini. Kita sudah dimaklumkan bahawa pelakon Alan Tudyk akan melakonkan watak berteknologi motion capture (seperti Lupita Nyong’o sebagai maz Kanata dalam Star Wars: The Force Awakens). Mungkinkah droid ini adalah beliau barangkali?

Review_ConceptArtIG88LC_still

 

4. Ben Mendelsohn adalah Grand Admiral

133eff8ff9cdcf184e5a9528b4923980-650-80

Kita juga tahu Ben Mendelsohn memegang watak penjahat (kemungkinan besar penjahat utama) dalam filem ini. Ia memang tepat dengan bukti yang ada dalam treler ini. Lebih menarik, imej beliau yang jelas berseragam putih itu telah menampakkan beliau adalah seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Angkatan Imperial. Ada sejumlah 13 Pegawai Tinggi berpangkat Grand Admiral dan beliau adalah salah seorang daripadanya sekarang selain Grand Mof Wilhuff Tarkin dalam Star War: A New Hope. Mereka semua dipilih secara peribadi oleh Maharaja Sheev Palpatine sendiri.

maxresdefault

 

5. Maharaja Palpatine/Darth Vader bakal membuat kemunculan khas?

12e3901510acf74fb5a5bca9c21d7691-650-80

Satu persoalan ramai yang masih hangat diperbincangkan hingga kini adalah watak berselubung jubah hitam itu.

Mungkinkah ia Maharaja Palpatine? Mungkinkah ia Darth Vader? Mungkinkah ia watak penjahat baharu yang berkemungkinan besar dilakonkan oleh Mads Mikkelsen?

Hanya satu pembayang yang dapat membantu atau tidak dapat babak ini. Di kiri dan kanan watak misteri ini kelihatan dua Pengawal Merah Maharaja (Imperial Crimson Guard) sepertimana yang dapat kita saksikan dalam filem klasik Star Wars yang terdahulu.

star-wars-imperial-guard

 

6. Genevieve O’ Reilly kembali sebagai Mon Mothma (?)

6bb709400edff0cf2fd35d83933bb376-650-80

Walaupun beliau mempunyai kemunculan dan babak yang ringkas serta pendek dalam trilogi Star Wars sebelum ini, ketua pihak pemberontak iaitu Mon Mothma masih menjadi kunci penting dalam mana-mana jalan cerita perbalahan antara Rebellion dan Galactic Empire. Caroline Blakiston memegang watak ini dalam trilogi asal. Manakala Genevieve O’ Reilly hanya muncul seketika dalam Star Wars: Revenge of the Sith dan kali ini beliau dipilih sekali lagi dengan harapan bukan sebagai watak sampingan tetapi dengan peranan yang lebih besar.

 

7. Kita akan lihat ramai Stormtrooper baharu!

6d2c44ff95faee89433960f8cad41db2-650-80

Ya. Kita sudah nampak ada satu spesis Stormtrooper baharu berwarna hitam dalam treler ini dengan jelas. Tetapi sekiranya kita lihat dengan teliti, ada banyak lagi spesis Stormtroopers lain yang akan muncul. Lihat saja bukti bergambar dalam babak pegun di atas. Ada yang warna krim. Ada yang macam Bobba Fett. Apa tugas dan peranan mereka nanti? Itu kita kena tunggu dan lihat.

 

8. Kisah ini bermula di Yavin IV

Jika anda lihat dengan teliti satu latar belakang pada babak permulaan treler ini, nampak sangat ia adalah Planet Yavin IV: Planet yang sama digunakan oleh pihak Rebellion dalam Star Wars: A New Hope. Rekaan dan susunan dalaman pusat kawalan dan prop juga sama. Retro dan cukup klasik untuk mengimbau kembali kenangan-kenangan lama untuk peminat setia.

 

9. Darth Vader akan muncul atau tidak?

Moff_Tarkin-revenge-sith-cameo

Ada banyak khabar angin mengatakan Darth Vader akan membuat penampilan khas dalam filem ini. Ia agak logik dan wajar kerana inilah zaman keemasan beliau berkuasa dan bermaharajalela bersama Maharaja Palpatine. Walaupun nama beliau tiada dalam kredit pelakon di mana-mana jua, itu tidak bermakna beliau tidak boleh ada dalam cerita ini. Malah, ia akan menjadi daya penarik yang lebih hebat lagi untuk tontonan kita semua!

 

10. Tiada lightsaber. Tiada Jedi. Tapi ada Ip Man!

Rogue One: A Star Wars Story(Donnie Yen)Ph: Film Frame©Lucasfilm LFL

Kemungkinan besar tiada babak tarung lightsaber atau kewujudan Jedi dalam filem ini. Ini hampir-hampir benar kerana fokus cerita ini menurut kata penerbit dan pengarah adalah kepada semua watak yang belum pernah mendapat perhatian khusus sebelum ini seperti juruterbang X-Wing, perisik pihak Rebellion dan lain-lain.

Tapi anda jangan risau: Ini filem ada Donnie Yen. Ip Man. Itu saja yang perlu anda tahu.

 

Lain-lain babak menarik yang perlu kita kongsi dan bincangkan besama adalah ini:

Rogue One: A Star Wars StoryDeath StarPh: Film Frame©Lucasfilm LFL

Dengan format filem digital berdefinisi tinggi, kita kini bakal melihat kegagahan dan kerakusan kuasa Death Star yang sebenar dengan lebih ampuh!

Rogue One: A Star Wars Story(Ben Mendelsohn)Ph: Film Frame©Lucasfilm LFL

Grand Admiral turun padang ke lokasi misi dan medan tempur membuktikan betapa seriusnya Angkatan Imperial ingin memerangi sekaligus menghancurkan Pihak Rebellion.

Rogue One: A Star Wars StoryPh: Film Frame©Lucasfilm LFL

Sebelum ini, kita lihat jentera AT-AT beraksi di lapangan ais tebal. Kali ini, kita lihat pula ia mengganas di persisir pantai!

Rogue One: A Star Wars Story(Jiang Wen)Ph: Film Frame©Lucasfilm LFL

Ini watak Jiang Wen. Tampak ‘rugged’ dan ‘rock’. Beliau berkemungkinan besar terlibat dan direkrut dalam misi merbahaya rampasan pelan Death Star dalam filem ini.

Rogue One: A Star Wars Story(Forest Whitaker)Ph: Film Frame©Lucasfilm LFL

Watak dan suara pemenang Anugerah Academy, Forest Whitaker ada kelihatan dan kedengaran dalam treler ini. Kami yakin beliau akan memegang peranan besar dan penting dalam ‘Rogue One: A Star Wars Story’ ini!

Filem arahan Gareth Edwards (Godzilla, Monster) ini dibintangi oleh Felicity Jones, Diego Luna, Ben Mendelsohn, Donnie Yen, Jiang Wen, Forest Whitaker, Mads Mikkelsen, Alan Tudyk dan Riz Ahmed.

Rogue One: A Star Wars Story akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2016.

Last modified: April 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *