Sherlock Memulakan Penggambaran untuk Musim Ke-4!

371

Written by:

BukuSemasaTV

Selepas sekian lama tidak bersiaran dan hanya ke udara dengan satu episod khas era Victoria berjudul The Abominable Bride awal tahun ini, drama popular Sherlock lakonan Benedict Cumberbatch (Jungle Book, Doctor Strange) dan Martin Freeman (The Hobbit, Captain America: Civil War) akhirnya telah kembali memulakan produksi!

Akaun Twitter rasmi siri televisyen terbitan BBC ini mengumumkannya dengan satu video pendek yang memperlihatkan penulis dan penerbit eksekutifnya, Mark Gatiss yang juga memainkan peranan sebagai Mycroft Holmes iaitu abang kepada Sherlock Holmes. Untuk Episod Pertama musim terbaru ini, ianya diarahkan oleh Rachel Talalay, pengarah wanita pertama yang diberikan tanggungjawab ini. Beliau juga adalah pengarah bagi siri televisyen Doctor Who.

Dalam satu sesi wawancara baru-bar ini juga, Mark Gatiss menyatakan bahawa “..ada sesuatu yang BESAR bakal berlaku kepada watak utama siri ini, yang akan mengubah perjalanan hidup mereka buat selama-lamanya.”

Bisakah anda meneka atau meramalkan apakah yang bakal berlaku kepada Sherlock Holmes dan John Watson itu kali ini?

Sherlock (Musim 4) akan bersiaran pada awal tahun 2017

 

Last modified: April 7, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *