Siap Siaga untuk Star Wars Episode VIII!

185

Written by:

Kita sudah pun mengetahui bahawa produksi telah bermula untuk sambungan filem epik opera angkasa Star Wars Episode VII: The Force Awakens. Namun judul sekuel tersebut masih belum didedahkan. Akan tetapi, segalanya tampak rasmi dengan terlancarnya video teaser ini yang menampilkan beberapa babak pendek dan eksklusif daripada filem tersebut.

Semua pelakon asal daripada filem terdahulu seperti Adam Driver, Daisy Ridley, John Boyega dan Oscar Isaac akan kembali. Selain itu, bintang ternama iaitu Benicio Del Toro telah disahkan sebagai pelakon baru di samping Laura Dern (Jurassic Park, Wild at Heart) dan Kelly Marie Tran (Untouchable). Kali ini, ia akan diarahkan oleh Rian Johnson (Looper) yang juga bertindak sebagai penulis lakon layar.

Star Wars Episode VIII dijadualkan untuk tayangan seluruh dunia pada 15 Disember, 2017.

 

Last modified: February 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *