Pengarah Hellboy dan Pacific Rim Muncul dengan Trollhunters!

358

Written by:

Pembikinan Trollhunters telah melalui ranjau dan cabaran yang lama sebelum kemunculannya di kaca TV.

Pada tahun 2010, DreamWorks Animation telah mendapatkan hakcipta siaran untuk hasil cerita Guillermo Del Toro itu dan merancang untuk menjadikan filem 3D. Namun, projek itu tergendala buat sementara waktu. Kemudian, pengarah filem Hellboy dan Pacific Rim itu menerbitkan novel berilustrasi dengan Daniel Kraus pada tahun lalu.

Trollhunters-TV-show-on-Netflix-season-one-canceled-or-renewed

Pada awal Januari lalu, Netflix dan DreamWorks pengumumkan bahawa mereka akan berganding bahu untuk dua siri animasi baharu: Voltron dan Trollhunters.

Dan hari ini dengan secara rasminya, mereka telah mendedahkan imej sulung projek yang sudah lama tertangguh itu. Ia menjanjikan dunia fantastik dan magis penghuni Arcadia dengan penemuan luarbiasa yang sedang menyelinap dan bersembunyi sedang di bawah tanah secara senyap-senyap.

eaxktbcfoddrkboeasbg

Trollhunters akan bersiaran di kaca televisyen pada lewat tahun 2016

 

Last modified: April 7, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *