Peringatan dari Ikea: Hati-hati Bila Main Batman!

424

Written by:

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi mereka hari ini, Ikea Malaysia telah menarik balik semua jualan dan memohon pulangan kembali untuk bayaran tunai semula tunai secara serta-merta untuk produk sayap kelawar Lattjo. 

Ini adalah diakibatkan beberapa aduan berkenaan kecederaan yang diterima di bahagian leher oleh tiga kanak-kanak di luar negara semasa bermain dengan produk tersebut.

Ini adalah petikan kenyataan rasmi oleh jurucakap Ikea Malaysia tersebut:

“Sayap kelawar itu tersangkut dan tidak mudah untuk ditanggalkan semula di bahagian leher bagi kanak-kanak. Tiada kecederaan serius dilaporkan setakat ini yang memerlukan perhatian atau rawatan perubatan. Namun, disebabkan risiko untuk jerutan atau kecederaan seumpamanya pada bahagian leher berkemungkinan boleh terjadi. Maka pihak Ikea Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga ini dan mahu produk tersebut dipulangkan.” 

Untuk makluman, permainan sayap kelawar Lattjo mula dijual di Ikea Malaysia sejak bulan November 2015.

Last modified: April 6, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *