Bintang Avatar Mula Melobi sebagai Cable!

349

Written by:

Sekuel filem Deadpool kini sedang giat dalam proses perancangan dan watak Cable tampak sudah hampir pasti muncul. Namun, persoalan sebenar adalah: Siapakah yang bakal memegang watak Nathan Christopher Charles Summers atau lebih dikenali dengan nama Cable itu?

Nama pelakon yang pernah membintangi filem blockbuster Avatar sebagai Kolonel Miles Quaritch kerap disebut-sebut oleh peminat sejak sekian lama. Dan nampaknya sejak kebelakangan ini juga, pelakon itu turut berkongsi dan mula ‘tayang badan’ menerusi Tweet beliau. Seolah-olah memberi gambaran yang beliau mahu dan sedia bergandingan dengan Ryan Reynolds dalam sambungan filem Deadpool kelak.

CbIPI3KW8AEYchN.jpg-small

Berdasarkan foto-foto yang dimuatnaik, Stephen Lang dalam mood dan kondisi terbaik untuk beraksi sebagai Cable sepertimana yang digembar-gemburkan oleh peminat sebelum Ryan Reynolds dipilih sebagai Deadpool beberapa tahun dulu. Buat masa sekarang, kita hanya perlu tunggu dan lihat sama ada ianya dapat menjadi kenyataan atau tidak nanti.

Filem Deadpool masih lagi ditayangan di pawagam sekarang.

Last modified: February 14, 2016

One Response to " Bintang Avatar Mula Melobi sebagai Cable! "

  1. Sentul says:

    Wayar atau rusuhan!!! (Cable or riot!!!)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *